Friday, October 8, 2010

CERAMAH & PAMERAN KESIHATAN

TARIKH : 14 APRIL 2010

HARI : JUMAAT

TEMPAT : SK. KAMPONG REPOH

MASA : 8.30 pagi – 12.00 tengahari


Pameran dan Ceramah Kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Taiping diadakan sempena Program Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh. Program dimulakan dengan Pameran Kesihatan yang dimulakan pada jam 8.00 pagi. Murid-murid dibenarkan melawat pameran bermula jam 8.30 pagi mengikut giliran kelas yang telah ditetapkan. Pameran ini berkisar tentang penyakit berjangkit terutamanya penyakit Denggi dan Influenza A HINI yang semakin popular sekarang. Disamping itu juga, pameran kesihatan penyakit yang lain jugaturut dipamerkan.

MINGGU ANTI DADAH & BULAN KECERGASAN



TARIKH : 26 JULAI 2010 HINGGA 30 JULAI 2010

HARI : ISNIN HINGGA JUMAAT

TEMPAT : SK. KAMPONG REPOH

MASA : 7.30 PAGI

Minggu Anti dadah & Minggu Kecergasan Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh telah dilancarkan secara bersama pada 26 Julai 2010 dengan rasminya oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn Hj. Ahmad Sofi B. Jamaluddin. Program ini merupakan program rutin setiap tahun. Tujuan dan objektif mengadakan program ini ialah;

  • Memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat.
  • Mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat pra sekolah lagi.
  • Menyemai dan menanam sikap membenci dan menjauhi diri daripada dadah.
  • Memberi alternative program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

PROGRAM KECERIAAN PSS





TARIKH : MEI HINGGA JULAI

TEMPAT : PSS SK. KAMPONG REPOH

Program Keceriaan Pusat Sumber diadakan sempena hari Gotong Royong Perdana peringkat Sk. Kampong Repoh. Dalam program ini, Pusat Sumber telah mengambil kesempatan untuk menambahkan keceriaan di Pusat Sumber dan kawasan-kawasannya. Program ini mendapat bantuan dan sokongan daripada ajk Pusat Sumber yang telah dibahagikan tugas masing-masing mengikut kumpulan bersama-sama dengan Pengawas Pusat Sumber.

Sebenarnya, program ini akan berterusan sepanjang tahun, bagi memulih dan menyusun atur serta menambah koleksi bahan di Pusat Sumber agar penggunaannya akan lebih kemas teratur dan ceria untuk keselesaan warga sekolah.


SAMBUTAN HARI GURU 2010

TARIKH : 17 MEI 2010

HARI : ISNIN

TEMPAT : SK. KAMPONG REPOH

MASA : 7.30 PAGI

Sambutan Hari Guru merupakan akktiviti tahunan bagi setiap sekolah. Pada tahun ini, sambutan peringkat sekolah diadakan pada 17 Mei 2010, kerana tarikh 16 Mei 2010 jatuh pada hari Ahad. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan sambutan tersebut. Kelab Guru Sk. Kampong Repoh telah diberi tanggungjawab merangka dan merancang program sepanjang hari tersebut.

GOTONG ROYONG PERDANA 2010






TARIKH : 15 APRIL 2010

HARI : SABTU

TEMPAT : SK. KAMPONG REPOH

MASA : 7.30 PAGI

Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh, merupakan aktiviti tahunan dibawah badan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ia melibatkan semua guru,staf bukan akademik, pekerja swasta dan murid-murid yang dipilih khas, Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh.

MAJLIS PERPISAHAN PN. ZURAINI AKMAR (PK KOKURIKULUM)










HARI PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2010

TARIKH : 02 HINGGA 03 OKTOBER 2010

HARI : SABTU DAN AHAD

TEMPAT : SK. KAMPONG REPOH

Hari Perkehemahan Kokurikulum merupakan aktiviti kemuncak bagi badan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh. Ia diadakan bertujuan untuk

  • Melatih murid-murid mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam ilmu perkhemahan
  • Mendidik murid-murid tentang kecintaan kepada alam sekitar
  • Menyemai dan menanam sikap bekerjasama dan toleransi dalam menjalankan aktiviti
  • Melatih murid-murid berdisiplin dan mematuhi arahan..

Seawal jam 8.00 pagi, para peserta mendaftarkan diri mengikut persatuan masing-masing. Peserta-peserta perkhemahan telah diberikan pas peserta mengikut warna yang berlainan.

Kemudian, peserta-peserta dikumpulkan bagi menerima taklimat perkhemahan daripada Kem Komandan, En. Ahmedulhadie.

Aktiviti diteruskan dengan aktiviti mendirikan khemah dan pembahagian tempat penginapan. Semua murid telah dberikan penginapan dikhemah-khemah yang didirikan di tapak perkhemahan. Bagi peserta yang menyertai pertandingan perkhemahan, tapak perkhemahan telah disediakan di padang dan bagi yang tidak terlibat dengan pertandingan perkhemahan, telah mendirikan khemah dikelas-kelas yang telah disediakan. Tujuannya adalah untuk memastikan semua peserta mendapat pengalaman mendiri dan menginap di dalam khemah seperti mana perkhemahan yang sebenar.

Berbagai aktiviti pertandingan telah dijalankan, seperti anyaman daun kelapa, kawad kaki, memasak, persembahan malam kebudayaan dan khemah serta gajet. PP

Pertandingan dimulakan dengan acara memasak dengan menunya jemput-jemput pisang, mee goreng dan teh. Acara ini telah dimenangi oleh Pasukan Pengakap, diikuti dengan pasukan PBSM, PPIM dan TKRS. Menyusuli selepas itu, acara anyaman daun kelapa yang mana dimenagi oleh pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

















Jam 5.00 petang, aktiviti Jejak Maklumat mengambil tempat, Dalam aktiviti ini , 5 orang murid dipilih mewakili setiap persatuan. Pertandingan ini memerlukan murid-murid mencari jawapan kepada soalan-soalan yang telah disediakan di setiap perhentian di samping melakukan aktiviti yang diarahkan. Jejak Maklumat ini telah di menangi oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan acara malam kebudayaan yang memerlukan peserta menyanyikan sebuah lagu koir dan dikir barat. Acara ini telah diselang-selikan dengan persembahan daripada guru-guru. Aktiviti ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat murid dalam bidang seni.

3 Oktober 2010 – Hari kedua dimulakan dengan pertandingan kawad kaki yang dikendalikan oleh En. Santhana Kumar. Ia melibatkan 4 kumpulan pakaian seragam iaitu Puteri Islam (PPIM), Pengakap, Bulan Sabit Merah (BSMM) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Pertandingan ini dihakimi oleh 3 orang hakim yang terdiri daripada Guru Besar, PK 1, dan PK Hem. Kawad kaki ini dimenangi oleh Pasukan BSMM diikuti oleh PPIM tempat kedua, TKRS dan Pengakap.








11.30 pagi acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah dimulakan. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Sabki B. Saidin (Guru Besar).