TARIKH : 02 HINGGA 03 OKTOBER 2010 HARI : SABTU DAN AHAD
TEMPAT : SK. KAMPONG REPOH
Hari Perkehemahan Kokurikulum merupakan aktiviti kemuncak bagi badan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh. Ia diadakan bertujuan untuk
- Melatih murid-murid mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam ilmu perkhemahan
- Mendidik murid-murid tentang kecintaan kepada alam sekitar
- Menyemai dan menanam sikap bekerjasama dan toleransi dalam menjalankan aktiviti
- Melatih murid-murid berdisiplin dan mematuhi arahan..
Seawal jam 8.00 pagi, para peserta mendaftarkan diri mengikut persatuan masing-masing. Peserta-peserta perkhemahan telah diberikan pas peserta mengikut warna yang berlainan.
Kemudian, peserta-peserta dikumpulkan bagi menerima taklimat perkhemahan daripada Kem Komandan, En. Ahmedulhadie.
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti mendirikan khemah dan pembahagian tempat penginapan. Semua murid telah dberikan penginapan dikhemah-khemah yang didirikan di tapak perkhemahan. Bagi peserta yang menyertai pertandingan perkhemahan, tapak perkhemahan telah disediakan di padang dan bagi yang tidak terlibat dengan pertandingan perkhemahan, telah mendirikan khemah dikelas-kelas yang telah disediakan. Tujuannya adalah untuk memastikan semua peserta mendapat pengalaman mendiri dan menginap di dalam khemah seperti mana perkhemahan yang sebenar.
Berbagai aktiviti pertandingan telah dijalankan, seperti anyaman daun kelapa, kawad kaki, memasak, persembahan malam kebudayaan dan khemah serta gajet. PP
Pertandingan dimulakan dengan acara memasak dengan menunya jemput-jemput pisang, mee goreng dan teh. Acara ini telah dimenangi oleh Pasukan Pengakap, diikuti dengan pasukan PBSM, PPIM dan TKRS. Menyusuli selepas itu, acara anyaman daun kelapa yang mana dimenagi oleh pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Jam 5.00 petang, aktiviti Jejak Maklumat mengambil tempat, Dalam aktiviti ini , 5 orang murid dipilih mewakili setiap persatuan. Pertandingan ini memerlukan murid-murid mencari jawapan kepada soalan-soalan yang telah disediakan di setiap perhentian di samping melakukan aktiviti yang diarahkan. Jejak Maklumat ini telah di menangi oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan acara malam kebudayaan yang memerlukan peserta menyanyikan sebuah lagu koir dan dikir barat. Acara ini telah diselang-selikan dengan persembahan daripada guru-guru. Aktiviti ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat murid dalam bidang seni.
3 Oktober 2010 – Hari kedua dimulakan dengan pertandingan kawad kaki yang dikendalikan oleh En. Santhana Kumar. Ia melibatkan 4 kumpulan pakaian seragam iaitu Puteri Islam (PPIM), Pengakap, Bulan Sabit Merah (BSMM) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Pertandingan ini dihakimi oleh 3 orang hakim yang terdiri daripada Guru Besar, PK 1, dan PK Hem. Kawad kaki ini dimenangi oleh Pasukan BSMM diikuti oleh PPIM tempat kedua, TKRS dan Pengakap.
11.30 pagi acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah dimulakan. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Sabki B. Saidin (Guru Besar).